Poetry

it wasn't written to be analyzed; it was meant to inspire without reason, to touch without understanding

Monday, 4 January 2010

untuk kamu yang sedang lena

kamu terlena
sedarkah kamu?

aku mengerti pengorbananmu
aku mengerti penatmu
aku mengerti perihmu

kamu mencoba segalanya
segalanya yg terdaya
hanya dan demi untok
menggembirakan sekeping hati ini

penat kamu
perih kamu
letih kamu
kamu campak entah dimana pergi

aku mengaku
tak pernah aku lihat kamu penat
tak pernah aku dengar kamu merengek keletihan
tak pernah aku rasa kamu menyerah kalah
tak pernah

kamu terlalu cekal
mana mungkin aku jumpa yg lebih indah
mana mungkin aku temu yg lebih kacak

aku sebak
ia
benar ckp kamu
aku manja

aku sebak setiap kali aku lihat kamu terlena
setiap kali aku lihat kamu indah di ulit mimpi
aku sebak

kenapa?

kerana saat itu
aku sedar
aku faham
aku tahu
kamu sangat penat

mahu aku belai kamu
mahu aku diamkan segala bingit
mahu aku hentikan jam dr berdetik
agar kamu tidur lena

tidurlah sayang
tidurlah cinta

asal kamu celik besok pagi
kerana aku xbisa celik andai kamu tiada

maafkan aku membuat mu jelik
maafkan aku membuat mu letih

tapi ada masa
aku seronok melihat kamu begitu

kamu tetap pencinta terhebat

No comments:

Post a Comment