sedang enak memandang padang
suka dia pada padang
tenang
di situ mungkin simpan banyak memori
antara dia dan dia
mungkin kerana itu
si gadis suka ada disitu
asalkan namanya padang
biar berbeda tempat
biar berbeza rumputnya
tapi itu tetap menenangkannya
namun apa yang pernah terjadi
antara si gadis dan dia
telah terjadi
dan yang terjadi
mustahil akan terjadi lagi
kisah semalam
noktahnya tetap semalam
tetapi si gadis ini kental
memungkinkan kisah semalam
untuk terus berulang kembali
si gadis itu silap
besar
carilah bahagia kamu sendiri
ciptalah ceritera kamu sendiri
terbanglah kamu ke dunia kamu sendiri
pergi jauh
biarkan yang semalam tinggal kenangan
dan kisah kamu tinggal sejarah
si gadis
kamu pernah memiliki
sesuatu yang tak ternilai harganya
tapi kamu lepaskan
kerna riak
dengan kecantikan tuhan kurniakan
sudah Dia bilang
jangan sombong
jangan bongkak
itu cuma pinjaman
yang kamu sudah lepaskan
aku sudah sambut
yang pernah kamu lukakan
aku telah ubatkan
yang kamu tegar buang menjadi sampah
aku kutip menjadi emas
nyah kamu gadis
tolong
kami mau bahagia
No comments:
Post a Comment